Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Membawa diri

Setelah berapa abad diri hilang entah kemana. Jasad masih berada di bumi, hati melayang entah ke mana.

Tidak akan ada lagi post tentang cinta, kerana matinya cerita yang aku pernah tulis. Sebak? Sedih? Mestilah. Siapa tak sedih kehilangan yang dicintai. Tapi takdir lagi berhak menulis cerita aku,

Mulanya, tak dapat nafikan, memang meroyan macam mati laki aku jadi. Tapi kerana manusia aku jadi macam tu. Tak dinafikan, setiap kali doa di dalam solat akan aku selitkan dia. Tapi Tuhan tak mahu berbicara tentang ini.

Allah hanya mendengar, menemani, memberi kekuatan untuk diri mengesat air mata sendiri, memberi diri kekuatan untuk memujuk hati sendiri.

Hidup ini dulu warna warni, lagi-lagi bila keluarga sudi menerima insan yang dikurniakan Illahi ini, tapi sekarang, bukan hitam putih bukan warna warni, tapi aku tak mahu cerita ini di ceritakan lagi.

Biarlah aku dan Sang Illahi mengerti apa yang tersirat dan tersurat di hati ini, aku tak mampu bercerita kerana hanya akan di basahi air mata.

Isi hati ini, tiada siapa akan mengerti. Terima kasih keluarga tercinta, kerana boleh faham situasi ini, Walaupun 2 bulan sudah tidak bersama, tapi masih menanya khabar berita. Aku tahu si dia yang kegemaran si ibu dan nenek, tapi sabar ya? Masa akan menentukan segalanya

Terima kasih kawan-kawan yang sudi menghulurkan bahu tatkala aku menangis, yang sudi menjadi pendengar yang setia tatkala hati meraung tak mampu menyimpan segala perit, yang sudi mengukirkan senyuman di bibir ini tatkala kelopak mata sudah di basahi dengan air mata dan sebagainya.

Terima kasih ya Allah, kerana masih memberi peluang untuk aku fahami segala jalan cerita yang Engkau tulis. Memahami segalanya yang di takdirkan. Maafkan aku andai aku mempersoalkan takdir-Mu, kerana saat itu hati tak tahan menahan sebak.

Hati, berjuanglah sehingga ke saat akhir. Capailah segala impian yang nak dicapai. Jasad ini akan sentiasa berada disini, membantu memujuk jika engkau sedih, membantu menggembirakan dikala engkau duka. Hati, janganlah terlalu layankan perasaan. Mohon engkau berikan jasad ini sedikit ruang untuk bernafas dan bergembira, bukan selalu dibasahi dengan air mata

Jasad, teruskan lah berdiri di saat jatuh begini. Jangan risau, akan kita bina kaki yang lebih kuat selepas ini. Akan kita bina tembok hati yang lebih kukuh selepas ini. Jasad, janganlah terus jatuh. Bangkitlah jasad, bangkitlah dari kesedihan ini.

Ya Allah, jika aku menyakiti orang berilah aku kekuatan untuk memohon maaf dan jika orang menyakiti aku, berilah aku kekuatan untuk memaafkan.
Aku akan pegang pada takdir dan sentiasa menjadi pelakon untuk cerita yang engkau reka.