Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Kahwin Muda

Isu ni rasanya dah banyak kali dibicarakan. Siapa yang taknak kahwin kan? Dengar je perkataan kahwin berderau darah, bersenang hati, keinginan tinggi, bahagia je rasa kan?

Ye, orang juga berpendapat, kahwin muda ni bagus untuk elak maksiat. Ya, tak dapat nafikan nafsu anak muda zaman sekarang, ye dok? Haha

Terlebih pulak aku cakap. Disini aku nak kongsikan pendapat je, yang boleh terima, terima, yang tak boleh tak apa. Ambil yang jernih, buang yang keruh.

Kahwin muda ni, sangat sangat lah aku impikan. Kalau boleh, esok pun aku nak

Tapi aku tak fikir perkara yang lain, contoh wang, hantara, tempat tinggal, barang dapur and other utilities.

First, kalau lah, tunang, bajet nya lebih kurang 10,000 termasuk hantaran dengan kenduri kecil.

Tunggulah 5 ke 7 bulan then korang mesti kumpul duit untuk bernikah dan bersanding. Kan? Katakanlah semua sekali secara kasarnya lebih kurang 15,000-17,000.

Perbelanjaan korang dah 27,000

Lepas kahwin mesti la nak cuweet cuweet gi honeymoon gitu ye dok? Katakanlah, kita pergi ke Melaka ataupun Pulau Pinang, ini hanya andaian ye sahabat sekalian, bercuti 3 hari 2 malam. Anggarannya lebih kurang 1,000 termasuk cenderahati atau gift yang korang nak beli.

Perbelanjaan korang dah 28,000.

Andailah, kuasa Allah tu hebat lepas tu. Tak lama kemudian korang dikurniakan cahaya mata. Permata terindah bagi semua ibu. Pampers, susu dan segala persiapan anak juga memerlukan wang. Perbelanjaan untuk anak sebulan sahaja lebih kurang 900-1,000.

Perbelanjaan korang sudah 29,000.

Perasan satu benda tak? Korang takde duit simpanan langsung Duit yang ada ngam-ngam sapkoi untuk apa yang korang nak, atau apa yang korang hadapi lepas hari persandingan korang.

Aku juga berkawan dengan orang yang dah berkahwin, ni cerita diaorng lah, aku cuma adaptasikan di sini.

Lepas kahwin mesti nak duduk rumah sendiri, cat dinding, barang rumah, perkakas rumah, barang dapur, semua kena beli sendiri kan? Lainlah untuk sesetengah mereka yang masih ditanggung ibu bapa, walaupun sudah berkahwin. Itu tak heran.

Aku plan, nak tunang dan nikah satu hari sekaligus, bersanding lain kali. Itupun kalau si dia bersetuju lah kan. Sbb perbelanjaan mungkin akan disekalikan, dan mungkin ada lagi masa untuk mengumpul wang untuk bersanding, dan juga barang rumah

Entry ni hanya pendapat tau, aku ni muda, pun dah rasa nak kahwin, inikan korang jugak kan? Samalah kita.

Tapi rancanglah duluu kewangan, biar tak susah di masa hadapan.

Banyak juga kawan aku yang dah bertunang, tapi apa gunanya kalau masih buat maksiat. Baik sekali gus kan nikah terus. Haha.

Tunang itu mungkin untuk satu status. Aku pun nak tunang. Tapi bila fikir balik, perlukan lebih kurang 2-3 tahun untuk aku kumpul duit.

Takpelah, kita berdoa supaya Allah permudahkan semuanya. Okay?

Yang baik datang daripada-Nya, yang buruk paham-2 sendiri. Renung-renungkan, dan selamat beramal. Kahkah!

Assalammualaikum ;)