Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Perginya dia,

Cuti Nuzul, aku balik KL. Hari Jumaat aku balik KL.

Sabtu tu mmg plan nak buka puasa kat kampung, dengan nenek and paman.

Paman yang bongsu kira adik mama yang last.

Tapi, pagi tu lepas sahur, pukul 6 tiba-2 mama kejut aku, cakap paman dah takde.

Astaga, aku tak boleh fikir apa.

Sebab aku tak percaya.

Usia terlalu muda.

Pakcik yang aku selalu buat bergurau senda.

Bila balik kampung, suara dia je bising.

Tapi sekarang, semua dah takde.

Punca dia kemalangan.

Langgar tiang kata mereka.

Tapi kalau langgar tiang, kenapa, kenapa kaki hancur, kenapa belakang leher luka parah. Kenapa?

Isn't it to obvious, samada langgar lari atau dipukul.

Terkilan aku.

Tiada siapa disisi dia ketika dia nazak.

Ketika dia meraung kesakitan.

Tiada siapa bisikkan kalimah syahadah.

Tiada siapa menemani dia.

Aku, terkilan.

Sampai sekarang aku masih belum menerima keadaan ni.

Nampak kuat di luar, tapi di dalam. Tuhan saja tahu.

Sampai di kampung pukul 9:30 pagi, jenazah siap di kafankan.

Tidak berani aku masuk rumah

Tidak mahu aku tengok dia.

Sebab aku tak percaya!

Akhir sekali, diheret oleh keluarga, supaya menatap arwah.

Paman, the truth is, akak tak kisah paman nak marah akak sebab akak selalu leka, akak tak kisah paman buli akak. Akak cuma tak percaya paman dah takde. Akak nak paman balik. Paman tinggalkan akak terlalu awal :(




*Readers, mohon sedekahkan Al-Fatihah, utk Amir b Ariffin@Hashim.