Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Abi,

Abi, kebiasaanya kita dengar gelaran ni, untuk ayah, untuk suami dan sebagainya. Tapi gelaran ni, aku guna untuk si dia. Dia yang bernama Razali Rahman Ramlan.

Dia. Dia. Dia. dan Dia.

Dia merupakan manusia yang istimewa. Bagi aku.

Bagi aku, dia lelaki pertama yang dapat padam rasa cinta aku kepada L. Bagi aku, dia lelaki pertama yang dapat hilangkan rasa rindu aku kepada L.

Dulu, aku tak layan abi ni. Dia IM aku, aku buat bodoh. Sampai dia panggil aku sombong tahap bigfoot. Aku rindu time tu.

Kita gaduh-2 manja. Masa mula-2 dia memulakan langkah, dia mintak number aku untuk whatsapp. Aku bagi la. Time tu, kami whatsapp dan IM chat saja.

Then satu masa, tetiba dia senyap. Dekat nak sebulan jugak la aku tak dengar berita dia. Dekat nak sebulan juga aku tak contact dia.

Then, suddenly, dia datang balik. Dia tak contact aku time tu cause dia dah tak pakai broadband dah. Then sampaila satu masa, dia minta jadi penyuri hati aku.

6 Feb 2012, 2.45 pagi. Aku terima.

Jujur, masa tu, aku belum betul-betul sayang dia.

Aku belum betul-betul dapat lupakan yang lama.

Aku belum betul-betul dapat curahkan sepenuhnya.

Sampai lah satu masa, mungkin dah sampai masa untuk aku hargai dia.

Rasa sayang aku, rindu aku, cinta aku untuk dia.

Aku terlalu sayangkan dia.

Kerana dia faham aku.

Kerana dia mengerti aku.

Kerana dia tidak pernah berhenti untuk melindungi aku.

Kerana dia tidak pernah berhenti untuk menjadi yang terbaik untuk aku.

Dan mungkin juga kerana dia sayang aku.

Tapi sekarang, hubungan dah nak panjat 5 bulan.

Macam-macam jadi.

Gaduh.

Merajuk.

Sakit hati.

Kecewa.

Mungkin banyak kali aku telah sakitkan hati dia. Mungkin juga aku banyak kali buat dia terluka.

Setiap kali dia merajuk, aku tak dapat nak pujuk, sebab ego dia terlalu tinggi untuk maafkan aku.

Terasa diri ini kecil sangat dengan dia.

Terasa diri ini tidak layak bersama dia.

Kerana sungguh susah untuk dia memaafkan kesalahan aku.

Ego aku juga boleh tahan hebat, kerana taknak layan waktu dia ingin bermanja.

Ya, mungkin juga salah aku.

Tapi, setiap kali kami bergaduh, aku tak dapat nak ucapkan yang aku cinta dia.

Di sini, aku harap sangat dia membaca.

Abi, sayang cinta awak sangat-sangat. Kita bergaduh ke, segala salah persefahaman kita ke, buat rasa sayang saya kat awak semakin dalam abi. Kita tak sempat nak bagitau abi, yang kita sayang sangat kat abi. Kita selalu tak sempat nak bagitau yang kita sebenarnya, rindu sangat waktu abi selalu ada dengan kita. Abi pun selalu taknak dengar. Takpelah :)

Abi, abi jangan selalu sebut perkataan mati tu. Nanti sape nak kahwin dengan kita? Kita dah janji dengan diri kita, kalau abi dengan kita tak dapat bersama hayat ini, kita janji, abi dengan kita akan bersama di hayat lain dan hayat akan datang.

Abi jangan tinggal kita. Demi Allah, kita perlukan abi.

Assalamualaikum