Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Walaupun kehilangan dia,

Di dunia ini terdapat pelbagai jenis manusia yang bermacam ragam.

Bukan semua orang nampak yang baik dan yang buruk.

Bukan semua orang ambil kira yang perlu dan yang tak perlu.

Terkadang kita sendiri tak dapat cam atau mengenal pasti mana lawan dan mana kawan, sehinggalah tiba satu masa yang membuatkan diri masing-2 sedar.

Begitu juga aku,

Banyak yang aku lalui, walaupun usia aku hanya 18.

Aku kenal apa itu tanggungjawab yang dipikul seorang bapa dan apa itu cinta.

Aku ditinggalkan sewaktu aku darjah 4.

Selama aku berdiri, hanya mama dan adik menjadi tulang belakang aku, begitu juga dia.

Dimana ada mama dan adik, disitu juga aku selitkan dia.

Kalau boleh aku cipta dunia aku sudah lama aku cipta.

Dan ketika itu aku masih belum terlambat membawa ketiga-tiga orang yang aku cinta itu.

Kehidupan seorang remaja seperti aku sama saja dengan yang lain, apa yang membezakan aku dan mereka hanyalah cara pemikiran dan pedoman hidup masing-2.

Itu sahaja, yang lain aku dan mereka hanyalah serupa.

Tujuan aku menulis entri ni, kerana aku ingin orang diluar tahu, betapa berharganya mama, adik dan juga dia.

Dari dulu, kalau boleh, aku tak ingin kehilangan mereka. Tapi kini, hanya tinggal mama dan adik sahaja.

Mungkin bukan takdir aku untuk bersama dengan dia.

Terimakasih ya Allah, kerana masih memberi aku mama dan adik walaupun dia kini tiada lagi dalam hidup aku. :')