Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Terimakasih,

Terimakasih untuk kebebasan ini.

Tapi satu yang perlu kau tahu, ini peluang terakhir.

Peluang yang terakhir untuk kau.

Kau ludah aku jilat kau ludah aku jilat.

Tahu tak mengapa? Kerana aku tak pernah berhenti mencintai kau. Aku tak pernah berhenti mengharapkan kembali kasih sayang dari kau.

Tapi kau tak pernah nampak, kau hanya pandang ke depan tanpa memikirkan orang di belakang.

Aku yang busuk ni sudah lama tunggu kau, 3 tahun kita kenal termasuk tahun ni sudah 4 tahun.

Kau agak apa yang aku buat sepanjang 2 tahun tu? Aku tunggu kau. Aku tunggu kau.

Orang lain menangis kau sibuk ambil kira, aku yang menangis membaca entri kau di dalam kelas ini kau tidak ambil kira?

Aku menangis untuk kau bukan kerana kau sakitkan hati aku, tetapi kau tak pernah pandang aku sebagai orang yang kau cintai.

Kau kata kau sudah pasti kan 11.11.2011 haritu, tapi ini ke kepastian kau.

Sayang, aku maafkan kau. Dengan ikhlas aku maafkan kau.

B, kau ingat ye, kebebasan mutlak yang kau beri ni, belum tentu dapat kembalikan kebahagiaan aku. Please, jangan datang lagi, aku merayu.

Biar aku nangis tiada siapa yang tahu, biar aku pedih takde siapa yang tahu. Aku tahu aku tak diperlukan pun dalam hidup kau, jadi lebih baik diri ni kembali ke hakiki.

Sepanjang 4 tahun ni, aku ucapkan terimakasih, terimakasih untuk semuanya. Semua yang kau curahkan, semua yang kau berikan.

Aku hanya mahu kau tau, walaubagaimana wanginya perempuan lain dan walaubagaimana busuknya aku, aku tetap berada di belakang kau.

Tak perlu meminta maaf lagi, terimakasih untuk semua.

Kau anugerah terhebat.