Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Papa, i ♥ you :)


Heyyo :) Harini saya nak cerita pasal papa :)

Aku sebenarnya ada papa. Haha, semua orang ada kan. Mereka yang kurang bernasib baik je yang takde. Takpe, mungkin Allah lebih sayangkan dia.

Dulu aku duduk serumah dengan papa aku. Aku tak ingat laa aku umur berapa tahun. Time tu aku duduk dekat rumah tokwan(mama papa aku), kira nenek aku laa, tapi aku panggil dia tokwan.

Pastu, semasa aku di darjah empat, papa aku kahwin dua. And dia bawak aku jumpa mak tiri aku and time tu dekat Damansara.

Dia tinggal dengan mak tiri aku. So, dia tinggalkan mama aku macam tu je.

And bila dia tinggalkan mama, sumpah hidup aku berubah gilerrr. HAHA.

Yelah, tokwan aku pun suruh kami orang keluar dari rumah dia, so kitaorng keluar.

Aku taknak cerita aku tinggal di mana lepas kami keluar, bukan aku malu, tapi aku taknak korang rasa kesian pulak. Hee :)

Dan dari situ, papa tak pernah tanggung aku, raya tak pernah datang, semua tak pernah :')

Form 4 aku pindah dari tempat itu, dan mama aku sewa flat, dan kebetulan flat yang aku duduk ni sama tempat dengan mak tiri aku and papa aku. Actually ni flat mbpj, mak tiri aku kerja dekat mbpj and dia suruh kamiorang apply juga dekat sini. So kamiorang apply, aku dapat Blok A, papa and mak tiri dapat Blok E.

And awal form 5 aku pindah sini. But haram, papa aku tak pernah jenguk aku.

Raya time form 5 pun tak pernah datang rumah aku, sebab dia balik kampung mak tiri aku dekat Perak.

Sekarang aku belajar dekat UiTM Jengka,

time beritahu tu, papa just belanja aku and semua(mama and mak tiri) and aku peluk papa sambil nangis.

Aku, bukan tak sayang papa, tapi maybe papa aku tak sama macam papa orang lain :')

Aku pergi ke Jengka pun, papa tak hantar. Just adik mama aku.

*time tu tipu laa tak rasa pape, sebab tengok kiri kanan mak bapak student yang hantarkan*


And untuk dicepatkan cerita, kadang-2 aku balik tiap minggu, aku tak jenguk dia, dia tak jenguk aku. Raya pun, hmm. Aku tak jumpa pun dia. AKu dah berapa lama tak jumpa dia, aku call aku sakit hati.

Hmmm.

Serious doh, frankly speaking aku nak seorang papa, yang dapat sayang aku macam papa lain. Kalau pergi keluar makan, aku, mama and adik. Papa? Hmm

Aku sayang sangat-2 dekat papa, tapi kenapa laa dia buat aku and family aku macam ni. Serious doh. Aku sayang sangat-2 dekat dia. Tiap hari aku akan doakan dia, eventhough sesaat pun dia tak pernah fikirkan aku.

*Papa, kalau papa tengah baca benda ni, kakak nak beritahu, yang kakak sayang dekat papa sangat-2. Ambiklah masa untuk call/jenguk kakak. Dah setahun lebih kita tak jumpa, kita duduk dekat je kan? :')