Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Cukup terasa :)

Aku tadi lapar. Order domninos laa apa lagi. Haha

Then tadi terdetik di hati aku untuk call papa, cakap aku dah balik.

SUMPAH DEMI ALLAH, tak terlintas di hati aku untuk mintak duit ke apa. Aku just nak cakap yang aku dah balik, dan aku nak tanya khabar.

Aku call, mak tiri aku yang angkat. Perbualan kami macam ini.

Aku : Papa mana mi?

Dia : Tengah makan, NI PAPA KATA KALAU NAK MINTAK DUIT DIA TAKDE

Aku : Bukan nak mintak duit laa, nak cakap dengan dia je

*mak tiri aku pass dekat dia*

Papa : Haa kakak, nak apa?

Aku : Kakak dah balik ni

Papa : Hmm, yelah. Ni papa takde duit kalau kau nak mintak.

Aku : Takdelah, kakak call nak tanya khabar je. And kakak nak beritahu kakak kerja start kerja dekat sushi balik hari isnin ni

Papa: Haa yelah. Aku tak pernah jumpa orang macam kau ni kak. Sikit-2 nak balik, manade tiap-2 minggu orang balik

Aku : Alaa, mula-2 tu kan borng, kakak balik laa

Papa : Manade boringg, kau je yang lebih. K laa, bila nak datang jumpa papa

Aku : Tengoklah

Papa : Hmm ye, dah aku nak makan ni. Datang jumpa bila free, apa-2 hal papa call kau

Aku : Oh, k laa.

Sumpah demi Allah, mengalir airmata aku ni time tengah makan tadi. Aku takde niat pun nak mintak kau duit, dan kalau aku mintak apa salahnya, kau tak tanggung aku tak apa. WAJIB kan kalau aku mintak dan WAJIB juga kau memberi.

Tolongla, aku sayang family aku sangat-2. Jangan buat aku macam ni. Please laa, aku merayu. Aku sayang papa. Kau fikir aku apa? Hidup macam ni? Orang lain semua seronok berbapak, aku? Duduk dahlah tak sama, keluar dahlah tak sama, makan dahlah tak sama. Aku CALL pun salah ke?

Cuba cerita apa salah aku sampai buat aku dengan mama macam ni? Kau dah senang dekat sana, tolonglah fikir aku, mama dan adik disini. Mama tak kerja, nak bagi duit macam mana? Nak support aku macam mana? Bil elektrik air tak bayar dah 3 bulan. Dan aku baru tahu.

Aku dekat Jengka, macam ni kau buat aku dengan diaorang? Aku ingat time aku belajar dekat sana adalahkau bantu sikit-2, ni tak.

Kau suka ke tengok aku merempat? Mama kerja dekat rumah orang semata-2 nak cari duit? Balik tengah malam semua? Kau sanggup ke tengok mama ambik upah buat kuih beratus-2 sorang-2 demi support aku and adik. Gaji kau beribu kot, Ipad mampu beli, motor baru mampu beli, takkan nak tolong kami sikit pun tak boleh?

Aku minta tolong ni, takkan kau taknak sedangkan ini tanggungjawab kau?

Aku ingat lepas aku sambung belajar, kau layan mama elok-2. Cukup laa sekadar bagi duit, kalau kau taknak jenguk dia, tanya khabar, beli beras untuk dia.

Sampai sekarang aku terasa dengan kau, dah setahun lebih duduk dalam satu kawasan rumah yang sama, beras sebutir tak pernah DERMA, jenguk sekali pun TAK!

Kalau ikutkan hati aku, aku taknak sambung belajar. Aku sanggup kerja support family, sebab aku anak sulung! Orang tengok aku begini, tapi diaorng taktahu aku macam mana.

Kau tak malu ke, cucu seorang Dato' dan Datin merempat tepi jalan sial? Patut hidup aku senang je kalau kau tak buat hal.

Sekali lagi, kalau aku tak sayang kau, aku takkan call kau pe semua. Aku sayang kau sangat-2 pa. Sumpah sayang, tapi macam ni kau buat aku.