Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Hakikat sebenar seorang gadis,

Tepat **.**.19** lahirnya seorang anak perempuan. Sungguh gembira hati si Ibu. Mana si Ayah? Si Ibu pun tidak dapat mengagak.

Selepas itu, pulanglah si Ibu ke rumah ibu mentuanya. Ditanya kepada ibu mentuanya










Ibu : Ma, Ariff tak pulang lagi ke?

Ibu Mentua : Belum lagi midah, kau pergi rehat


Si ibu berehat, sedang dia mahu meletakkan barang di biliknya, terdengar leteran ibu mentuanya

*menyusahkan aku je dia ni

Perlahan-2 menitis air mata si Ibu, lalu si Ibu mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Dia capai telefon bimbitnya, dan telefon rakan si Ayah.








Ibu : Syed,

Syed: Ye midah. Kau dekat mana? Kau dah balik belum?

Ibu: Dah, syed. Tolong hantar aku balik kampung

Syed: Apa kata Datin(ibu mentua) nanti

Ibu: Nanti aku cakap

Syed: Ariff

Ibu: Aku bersalin pun dia takde syed, ni kan aku dah bawak anak dia

Syed: Sabar jelah midah, kejap lagi aku sampai. Kau siap'

Ibu: Terima kasih


Setengah jam kemudian Syed sampai, si Ibu hanya salam dan suruh ibu mentuannya jaga diri lalu si Ibu pergi.

Selama sebulan si Ibu tinggal di kampung, si Ibu tidak pernah rasa setenang itu.

Di waktu petang, ketika mak kepada si Ibu ini menyediakan minum petang







Mak: Dah sebulan dah kau dekat sini

Ibu: Takpelah mak, lagi selesa

Mak: Apa kata datin tu nanti?

Ibu: Mak, mak dengan dia besan tau. Kenapa nak panggil datin?

Mak: Mak ni orang kampung, taraf rendahlah midah. Kau tu walaupun kahwin dengan orang yang macam tu, pangkat kau masih rendah dari dia

Ibu: Mak jangan berfikiran kolot boleh tak mak?

Mak: Bukan kolot nak, hakikatnya memang macam tu

Si Ibu tidak mampu berkata apa-2.


#Cerita sebenar, si Ibu ni berkahwin dengan si Ayah atas belas kasihan, kerana si Ayah ni dulu tiada pembimbing. Si ayah adalah kaki botol, kaki perempuan, dan juga mengambil dadah. Si Ibu berharap apabila berkahwin dengan si Ayah, si Ibu dapat mengubah si Ayah. Ye, si Ibu berjaya, cuma kejayaannya itu hanya tahan selama 6 bulan. Selepas itu si ayah mula kembali kepada perangainya yang dulu

Selama 18 tahun si Ibu menanggung kesakitan itu. Anaknya pun sudah besar.

Anaknya kini menuntut di Universiti Teknologi Mara. Tanpa apa-2 bantuan kecuali PTPTN, anaknya terpaksa lalui. Anaknya mencari kerja sambilan sambil belajar untuk menampung ibunya.
Sehinggalah pada suatu hari, anaknya mendapat khabar berita bahawa ibunya meninggal akibat sakit kronik.

Anaknya bergegas ke kampung halaman dan anaknya hanya mampu terduduk melihat ibunya sudahpun dikebumikan.

Anaknya bertanya kepada pakciknya




Ain: Kenapa tak tunggu Ain!

Pakcik: Tak sempat, tok imam tadi nak cepat

Ain: Kenapa takleh tunggu ain bah? Kenapa?! Ain nak tengok muka ibu! Ain nak tengok! Kenapa bah buat ain macam ni? Kenapa bah taknak tunggu ain bah? Kenapaaaaaa!


Si Ain hanya mampu menangis. Dengan hati yang rapuh dia perlahan ke kubur ibunya.

Berkata si Ain dengan perlahan

'Ibu, ain tak sempat mintak maaf. Ain mintak maaf sebab tak dapat jumpa ibu buat kali terakhir. Kenapa ibu kena pergi dulu? Ibu tak sayang Ain ke Ibu? Ain takde siapa dekat dunia ni Ibu..'

Seorang lelaki: Ain salah


Toleh Ain ke belakang dan melihat bapanya.

Ain: Papa boleh pergi, Ain tak perlukan papa

Si Ayah: Kenapa Ain cakap macam tu? Ain tak sayang papa ke?

Ain: Jangan cakap soal sayang dekat sini.

Si Ayah: Mari, papa hantar Ain balik UiTM

Ain: Ain boleh balik sendiri. Terimakasih


Lalu pergi Ain meninggalkan bapanya.

Semenjak itu, baru Ain kenal tentang rokok, club dan sebagainya.

Ain kini berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah sosial melampau. Walaupun umur Ain baru 18 tahun, Ain sudah jejakkan dirinya ke kelab malam.

Suatu hari, Ain balik pada pukul 5.30 pagi. Sampai bilik, dia rebahkan dirinya. Tiba-2, terdengar laungan azan yang berkumandang di Subuh itu.

Ditekapnya muka dengan bantal, lalu terbangun.

Pergi ke meja solek dan tenung mukanya sendiri. Bertanya sendiri 'Ini ke apa yang Ibu nak aku jadi?' Setitik demi setitik air matanya jatuh.

Dengan hati yang bergelora, dia bangun lalu menuju ke bilik air dan mengambil wudu'. Dicapainya telekung dan sejadah yang sudah terbiar lama dan berhabuk.

Selesai menunaikan solat, tangan di labuh ke atas dan dia berkata 'Ya Allah ya Rabbal A'lamin, ampunkanlah dosa hambamu ini ya Allah. Hamba cuma rindukan Ibu hamba ya Allah. Pulangkanlah Ibu hamba ya Allah' sambil teresak-esak dia mengungkapkan kata-2 tersebut.

#Readers, cerita ni aku hanya tulis dan olah sedikit demi sedikit dan telah mendapat kebenarannya untuk post entri ini. Permintaan dari seseorang. Teman rapatku :) Semoga dia tabah menghadapi ujian dari Yang Esa. Amin :)