Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Bukan semua hadapi raya yang indah,

Hey :)

K, semua orang mesti tak sabar nak raya kankan? Baju raya dah prepare, kuih semua dah buat, rendang ketupat semua mesti dah ada. Hihi macam mama aku, dah masak dah. Hihi

Tajuk entri aku apalah sangat. Aku just nak share macam mana raya yang aku hadapi selama aku hidup 18 tahun ni :')

I do have a father, but he remarried when i was in standard four. K, kehidupan papa and mama aku tak macam parents orang lain.

My father was a drunker. And dia tak pernah bagi nafkah dekat aku since i were a baby. Dan mama aku bergantung hidup dekat mak mentua (tokwan) aku. Tu pun tokwan aku mulut dia macam cibet sikit. Bukan macam, memang cibet. Haha, tapi disebabkan duit punya pasal. No worry sanggup dihadapi :')

Bukan sebab kitaorang materialistic ataupun pentingkan duit, tapi siapa nak bagi mama aku makan sial? Kalau ayah aku sendiri tak tanggung aku dari aku keluar dari perut mama aku.

Woooppss, relax fara :)

And then kitaorng keluar dari rumah tokwan aku, mama aku sewa bilik dekat madrasah. Bilik tu ada tandas and dapur dekat luar. 6 tahun aku hidup dalam bilik sebesar bilik yang aku miliki sekarang ni. Tiga beranak tidur situ, makan situ dan hidup disitu. Siapa yang kenal aku tahu kisah hidup aku, tapi siapa yang tak kenal tu taktahu aku orang yang macam mana. Yes, walaupun aku cucu kepada seorang Dato' dan Datin, aku still hidup sebagai fakir miskin time tu.

Bergantung hidup terkadang dekat kawan mama aku, yang sanggup tolong. Duit bulan-2 kakak papa aku akan bagi, and kadang bila-2 time aku mintak dia akan bagi. So hidup aku tak seberapa nak susahlah time tu eventhough aku tinggal dalam sebuah bilik.

And then nak naik form 5, mama aku dapat offer duduk dekat Flat MBPJ. Kebetulan maktiri aku kerja dekat sana dulu, then dia masukkan nama mama aku sekali. So diaorng berdua dapat.

*mak tiri aku dengan mama aku okay sebenarnya, sebab kalau mak tiri aku susah mama aku tolong, and kalau mama aku susah mak tiri aku tolong. but mulut dia macam tokwan aku, suka cakap bohong, bawak cerita sial, dan sebagainya.

And now aku duduk dekat flat tut tut tut. Hehe. Mama aku bagi aku masterbedroom. SO bilik depan sekali aku konker. Katil king, meja belajar sendiri, tempat letak baju sendiri. ORANG YANG BAGI :) Kawan mama aku belanja aku.

Hihi. First rumah ni kosong je, but kawan mama kita semua orang yang boleh dikatakan senang so dia bgi mama kita sofa, almari dapur dan sebagainya.

Korang nak tahu tak, bila aku raya, papa aku sekali pun tak pernah nak call aku invite aku beraya rumah dia :') Duit raya pun bagi RM5, sedangkan kawan-2 mama aku, tokwan and kakak papa aku yang paling busuk pun bagi RM50 :') Sedih.

Baju raya tak pernah nak dibelikan, apatah lagi ajak aku shopping dengan dia.

Semua keluarga mak tiri aku dia utamakan. Bila bercuti contoh di Genting, tak pernah ajak aku. Bila shopping di Pavi tak pernah ajak aku. Cuma aku pernah tngk wayang dengan dia, itupun aku rasa dia dah taktahu nak buat apa.

Sedih kot. Takkan nak tunggu aku call, siapa yang patut call siapa kot.


Aku shopping raya pun dengan family kawan aku. Betapa aku kena tahan diri aku actually time tu :')

Dan semalam aku call dia, cakap nak duit nak beli kasut and handbag, sebab atm card mama takleh pakai.
Dia boleh kata 'tengoklah'.

Omigod, dahlah dia suruh maktiri aku bg duit, and RM50 je kot. Mana cukup.

Dari dulu sampai sekarang memang aku terasa dengan dia, tak pernah nak anggap aku ni anak dia :'( Terkadang dia boleh masuk kepala dengan aku terkadang tak. Terkadang aku rasa aku ni takde papa pun dibandingkan dengan orang lain.

18 tahun benda yang sama berulang. Esuk dah nak raya. Malam sebelum raya memang aku akan sedih, aku akan menangis dan aku akan terkenang saat happy aku bersama papa. Sebab aku tahu, benda tu semua, tak mungkin akan berulang lagi :')




Ni first time whole family melawat aku dekat UiTM Kampus Jengka, Pahang