Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Bukan aku minta untuk diri aku jadi begini :)

Ahaks, aku macam penat. Penat apa kauorang tahu? Penat terasa.

Haha, terasa apa pulak kau ni farah.

Terasa bila orang lain tak faham situasi sebenar


Bukan diminta untuk aku menjadi perokok. Betul? Aku sendiri tak minta untuk diri aku jadi seorang perokok.

Siapa yang minta diri dia jadi perokok. Cuba cerita?

Ye, aku pelajar Universiti.

Tapi kau sebagai orang yang lagi matang dari aku, perlu ke perlekehkan apa yang perokok ni cakap? Siapa yang buat malu kaum sekarang? Aku buat blog, bukan untuk jaja cerita aku ni seorang perokok. Faham?

Dan orang baca blog kau, bukan orang yang menagih cerita panas dari mulut kau. Faham?

Aku bukan darah daging kau untuk kau malu. Aku hanya saudara seislam kau. Aku tahu niat dihati kau taknak menyinggungkan aku, tapi gua tersinggung beb. Apa kau nak buat sekarang?

Aku tak pakai duit mak bapak kau pun beli rokok. Aku tak kacau duit kau pun bila aku nak rokok. Pe masalahnya?

Nampak perempuan merokok jahat, nampak perempuan merokok jahat.

Memang setiap individu ada pendapat yang berbeza, memang setiap individu ada mulut. Tapi reti-2 kanlah jaga mulut. Jangan main hembus je.

Cuba nasihat elok-2.

Macam pagi tadi, aku bukan apa, aku cakap elok-2 plak. Lepas tu kau cakap 'cuba kau bayangkan kau mati esuk. bla.. bla.. bla..'

Bila aku tanya 'Dah cukup amal ibadat kau, kau nak cakap aku macam tu?'

Kau delete pulak comment kau.

Reti malu kan? Lain kali fikir sebelum bercakap. Nak menyedarkan orang, jangan bagi dia sakit bro. Nanti lagi susah