Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Terkadang dia fikir,

Terkadang dia fikir, kenapa sampai sekarang dia perlu menghadapi situasi yang sama.

Perit.
Sakit.

Teman baiknya juga tidak dapat menjawab solannya. Tidak dapat meneka jawapannya.

Dia selalu berharap, dapat memutarkankan kembali masa, agar dia tidak melakukan kesilapan yang sama, mengulangi kesilapan yang sama. Dia tahu, walau apa pun yang cuba dia usahakan, dia tak mungkin dapat semula apa yang pernah dia genggam dulu, apa yang pernah dia miliki dulu.

Dia tidak pernah menghargai permata yang ada di depan matanya dahulu.

TIDAK PERNAH.

Kini, permata itu mungkin sudah dimiliki oleh orang lain, yang lebih berhak dari dia. Dia tidak tahu kenapa dia begitu perlukan permata itu. Permata itu seperti pelengkap hidupnya.

Tiap hari dia memikirkan tentang permatanya itu, walaupun permatanya sekarang itu berada dalam genggaman orang lain, apa yang mampu dia lakukan adalah mendoakan permatanya itu selamat dan berada didalam keadaan elok.

Walaupun permatanya sudah lama hilang, dia masih mendoakan permatanya. Dia cuma mahu permatanya tahu, yang dia sangat sayangkan permatanya. Dia sangat mencintai permatanya. Dia sangat rindukan permatanya. Teramatlah. Kalaulah dia boleh miliki permatanya semula..

Kalau aku tahu tanggal itu, tanggal terakhir kau genggam tanganku, sumpah aku takkan biarkan kau pergi dulu.