Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Dia memang perokok,

Dia ini memang perokok tegar. Dia merokok bukan kerana dia merasa bila rokok itu diri dia nampak hebat, dia juga tidak merokok kerana rokok itu adalah nyawanya.

Dia merokok kerana terpengaruh dan sampai sekarang dia masih mengatur langkah satu persatu untuk berhenti. Bukan dia tidak cuba, dia cuba. Malahan dia demam kerana sudah beberapa hari tidak merokok.

Kenapa tiba-tiba dia ingin bersuara pasal rokok? Haih, kerana manusia lain juga buat benda yang sama. Tapi manusia yang lain hanya reti berkata, menyuruh perokok berhenti merokok. Wahai manusia, jangan reti berkata. Tempatkan diri anda di tempat mereka-mereka.

Dia sakit hati bila nampak post rakan blogger yang lain mengenai rokok. Bukan tak mahu berhenti, benda ini MEMANG mengambil masa. Memang ramai perokok yang berkata begitu, dan itulah yang benar.

Bagi penasihat kalau rasa sakit hati dengan jawapan itu, lebih baik jangan menyibuk. Itu saja dia mahu berkata. Jangan terlalu memikirkan perempuan yang merokok terlalu busuk bagai najis yang dikeluarkan setiap hari. TIDAK