Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Dia kagum,

Dia kagum melihat kamu. Dia terpegun melihat kamu. Dia terlalu kagum.

Sampaikan melihat kamu, hatinya masih lagi berdegup kencang.

Dirinya masih mengharapkan kamu wahai sang cinta. Dia merindui cintanya dahulu. Dia merindui cinta yang pernah dia genggam mengunakan jiwa cintanya. Dia masih lagi buntu memikirkan nasibnya dalam mengejar cinta yang takkan pernah dia miliki lagi.

Bermaknakah tiap baris kata yang pernah dia lafazkan dulu? Dia sendiri tak mengerti. Bermaknakah tiap baris kata yang pernah dia dan sang cinta lafazkan dahulu, dia masih tidak dapat menjawab.

Dia terlalu sayangkan sang cintanya dahulu, sampaikan sekarang, dia masih tidak dapat melupakan sang cintanya. Dia tidak mahu melupakan sang cintanya langsung, tidak terniat dihatinya untuk melihat sang cintanya keseorangan tanpa dia, tapi apakan daya jika sang cintanya bahagia tanpa dia disisi.

Dia ingin melihat sang cintanya tersenyum walaupun tanpa dia disisi sang cintanya.

Dia bagai menggengam abu, dan abu itu terlepas begitu sahaja.

Abu itu pergi, terbang ditiup angin tanpa meninggalkan kesan.

Walaupun begitu, dia masih mencari jejak sang cintanya. Dan dia jumpa, namun sang cintanya tidak langsung mahu melihat dia.

Dia terlalu mengikut perasaan hati dia. Dia sudah tahu akibat dia terlalu mengikutkan hati dan perasaan dia, tapi dia masih degil. Dia masih lagi meng-update perihal sang cintanya.

Entahlah, susah untuk mengadaptasikan rasa di hati menjadi satu perkataan yang sahih dan benar