Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Dia ada sahabat,

Semua ada sahabat, dia pun ada. Dari tingkatan 3 dia mengenali sahabat itu. Sekelaslah katakan. Dia bagi gelaran sahabatnya A.

Sampailah ke tingkatan 5, masih lagi bersahabat dengan dia. Akhir SPM, mereka bekerja di tempat yang sama. Dia dan A pergi kerja bersama- sama. Tidak pernah terpisah pun. Sebulan sudah berlalu, dia terpaksa berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu.

A yang dulu selalu mengikuti punggungnya, kini tiada. A yang selalu kacau dia sambil bekerja kini tiada. Dia sambung kerja di Sushi King sementara menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti.

Semasa di tingkatan 4 dan 5, dia dan A tidak pernah jemu untuk merancang masa depan mereka bersama. Jika disandingkan, satu pelamin yang sama, jika mahu sambung belajar, mahu di institusi yang sama.

Tapi, apa yang dirancang belum tentu mendapat kebenaran Yang Esa, terpisah tapi masih lagi tidak lupa antara satu sama lain.

Dia bukan mahu tinggalkan sahabat karibnya, tapi dia juga perlu ada sikap pentingkan diri sendiri untuk masa depannya.
Tidak pernah terlintas dihatinya untuk tinggalkan sahabat karibnya.

*Kalaulah sahabat karibnya boleh mendengar jeritan hati si dia..

Dia juga mahu sahabat karibnya, berada disisi dia, menemani dia sekarang.

Dia terlalu sayangkan persahabatannya bersama Nur Syahirah bt. Sukiman :')