Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Bila dia belajar bussiness mathematics,

Hari ini dia bangun tidur lambat. Dia mendapat satu text subuh dari Amin, kawan UiTMnya. Aish, tak bangun Subuh dia ni.

Mana taknya, layan cerita Kembar Siang bersama roommatenya sambil mengetak-ngetuk lappynya menghabiskan assignmentnya. Assignment typingnya habis, tapi math? Belum. Dia ingat mahu menghabiskannya esuk saja.

Esuknya, harininya, dia turun ke depan Perpustakaan sambil membawa laptop di tangan. Laptopnya diletak atas meja, seterusnya dia keluarkan buku math. Mp3 di pasang, kepalanya bergoyang.

Tekan 'NEXT'. Lagu : Sum41 - With Me

Aiseh, kepalanya terus berhenti bergoyang, mindanya ke alam lain. Teringat ketika dulu saat ada cikgu dr Johor Bharu mengajar.

Dalam buku ditulis bermacam-macam benda. Itu biarlah dia dan cikgunya yang ingat.

Aiseh, mengalir pula airmata dia ni. Hatinya berkata 'Benda lama, biar je. Sayang senyap-senyap pun boleh. Dah, diam.'


Kalau boleh, saat itu jugak dia mahu cikgunya datang dan ajar dia math. Tapi dia tahu, cikgunya ada orang lain yang perlu cikgunya ajar.

Setiap saat waktu berjalan, setiap saat juga dia teringat akan cikgunya.