Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Berhenti berlari,

Dia sudah menyerah. Menyerah kalah dari segala takdir yang telah ditentukan Illahi untuknya. Dia menyerah dari segala kekalahan. Dia kini menanggung malu yang teramat.

Tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Apa yang dia boleh buat hanyalah menanggung semuanya dan hanya menebalkan mukanya sahaja.

Ya, dia rasa menyesal yang teramat kerana terlalu mengikut hati dan perasaannya.

Kini, dia ingin berhenti. Berhenti berlari dari mengejar apa yang memang pasti dia takkan kecapi.

Dia membiarkan dirinya kaku.
Dia membiarkan dirinya bisu.
Dia membiarkan dirinya lumpuh.

Dia akan berhenti. Tidak lagi akan meneruskan perlariannya. Mati jiwa dan raganya selepas tahu akan hal yang sebenar. Tapi dia menyembunyikan segala perasaannya, walaupun terasa perit yang sedalam-dalamnya.