Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Aku,

Aku ni, jenis orang yang tak berapa elok.

Aku ni, jenis orang yang bila menginginkan sesuatu, aku akan cuba untuk dapatkan benda itu, sampai aku dapat.

Bila aku tak jumpa benda yang aku cari, akan aku cari mahupun terpaksa jolokkan kepala aku dalam lubang cacing semata-mata untuk mencari benda itu.

Fahamkan?

Aku ni ibarat pelumba lari (kononnya). Kebiasaanya seorang pelumba lari akan terus berlari ke garisan penamat, tidak kira apa halangan yang terpaksa ditempuh. Tapi aku ibarat seorang pelumba lari yang masih berada di garisan mula.

Bisu.
Kaku.
Lumpuh.

Ibarat tiada kaki yang menjejak tanah, ibarat tiada kekuatan untuk berlari semula.

Itu apa yang berlaku sekarang terhadap aku. Bisu aku melihat engkau. Kaku aku melihat coretan hidupmu. Lumpuh aku membaca setiap kata hatimu.

Aku bukan pelumba lari yang kuat. Aku tak dapat berlari untuk mengejar apa yang aku tak jumpa. Macam mana? Tapi aku akan terus mencari benda yang telah lama hilang itu.

Merangkak.
Mengesot.

Dengan apa cara sekalipunlah, tapi bukan berlari. Aku penat, dan aku tak mahu terburu-buru.