Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


CONTEST CERITAKAN TENTANG BF ANDA

Bismillahirrahmannirrahim. Bagus jugak Lyn ada buat contest macam ni. Haha. Contest apa? Baca sendiri :)
http://mucuxlaf.blogspot.com/

Apa yang aku nak ceritakan ni adalah mengenai seseorang yang pernah menjadi milik aku dan mengenai seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku dan aku hargai dia sepanjang aku hidup ni. Dia ajar aku bermacam-macam perkara. Aku tak pasti apa yang akan jadi kepada kami berdua, namun aku harap apa-apa yang terjadi antara kami, itulah yang terbaik. And kalau kauorang nak tahu kan, muka si dia ni adalah seakan-akan 'Luis Carlos Almeida da Cunha' atau lebih dikenali sebagai NANI, winger MU tu. HAHA!
*Aku tahu benda ni takde kena mengena, tapi bebas bercerita apa kan? HAHA!

Masa first-first aku kenal dia dekat myspace. Mula-mula kenal tu, pergh! Bukan nak kata apalah, memang aku tak layan dia. TAKDE HATI PUN NAK LAYAN DIA. Tapi entah macam mana tiba-tiba aku boleh tersangkut dekat dia pulak. Aku sendiri taktahu. Aku kenal dia waktu dekat-dekat nak masuk form 4. Time tuh kalau dia tak text satu hari, aku rasa sunyi sangat-sangat. Aku ingat lagi ada satu time tu, dia tak text aku berapa minggu tah, tiap-tiap hari aku text dia tapi satu pun tak pernah direplynya. Tapi lepas lama dia senyap, satu text masuk dekat phone aku. "Dear.."
Weeee, melompat bagai aku. Aku terus topup RM5, malam tu kita gayut. Haha. Rindu dia sangat-sangat. Lepas tu, aku dapat tahu dia couple dengan satu minah ni. Sebenarnya time aku kenal dia pun aku time tu tengah berpunya. Tapi walaupun aku berpunya waktu tu, aku dapat tahu je dia tengah couple dengan orng lain, aku menangis sepuas-puasnya. Aku pun taktahu kenapa aku nangis time tu. Even time tu, aku tengah gayut dengan bf aku, aku nangis. Dia tanya

AA : Bb, kenapa nangis ni? Tiba-tiba je?
Aku : Mana ada apa-apa
AA : Habis apsal nangis teruk sangat ni? Bagitahulah..
Aku : Takde, kawan bb banyak yang teruk sangat. Tktahu macam mana nak nasihatlah biee
AA : Alahh, bb jangan fikir sangatlah eh sayang? Dah, takmau nangis macam ni. Dah dahh..


Dalam hati aku, sebenarnya, apa yang aku cakap tu takde kena mengena pun dengan apa yang aku rasa. Aku taktahu kenapa aku tak tahan bagai dia couple dengan orng lain sedangkan time tu aku berpunya. Lepas beberapa bulan dapat tahu dia dah break. Haha. Happy bhai, time tu bf aku pulak dah break dengan aku. Hikhik :P Aku tak kisah, asalkan takde sape halang aku contact dengan si dia ni. Waktu aku tengah exercise, dia text

YSR : Dear, kenapa you taknak couple dengan orng yang mintak couple dengan you tu?
Aku : I taknaklah, sebab i tahu ada orng tu tnga tunggu i.


Aku tak ingat apa yang kitaorng bual bagai lepas tu tapi 19/05/2009 peristiwa bersejarah tu berlakulah. Time tu aku baru lepas jogging dia mintak couple. Semput bagai nak mati aku. Haha.Pukul 6.41p.m, dia cakap "So my dear princess, can I be your prince?". Of courselah aku reply yes! Haha.
Malam tu mulalah menggedik semacam. Haha, "rindu nak dengar suara awak baby". Rindu sangat waktu tu. Tapi waktu tu aku masih tak sedar yang aku perlukan dia dalam hidup aku.
Ambik masa yang agak lama jugaklah untuk jumpa dia sebab dia orang Johor Bharu, study pulak dekat Port Dickson. Nak aturkan masa untuk jumpa tu susah bagai, tapi sebab nak sangat en? Time birthday aku 08/10/2009. Dia merempit datang KL, haha. Tapi time tuh aku dekat shah alam, dia sesat! Haha. Last-last mama aku decide nak ambik dia. Dalam hati aku "mama, nak ikut! nak ikut!". Aku belum cakap lagi nak ikut, mama aku dah cakap 'kau duduk rumah, jangan ikut'. Oh mann.
Lebih kurang 20 minit mama aku masuk rumah.

Aku : Mama, mana lock?
Mama : Tak jumpa pun, aku dah malas nak cari. Aku call dia, dia tak angkat.
Aku : Alahhh, jumlahhh cari dengan akak. Jumlah mamamama*merengek
Mama : Ahh takde, malas. Jangan paksa aku


Dalam hati aku kan, kesian gila mamat ni. Aku dah nangis dah, tiba-tiba, pintu rumah tu terbukak! HAHA! Celaka betul kena kencing.
Waktu pintu tu terbukak, itulah saat pertama aku pandang dia. Aku renung dia. Aku macam teragak-agak pun ada time tuh.
Dalam hati aku kan, "betul ke ni awak bie? betul ke bb dah jumpa awak ni bie? awak ke yang ada dekat depan mata bb ni bie?"
Aku duduk dekat sofa depan tv, dan dia duduk di sofa yang hujung, berdekatan dengan pintu masuk rumah. Aku buat taktahu je. Nenek suruh ambikkan air untuk dia pun aku tak ambikkan. Haha. Last-last, aku beranikan diri aku yang tak seberapa berani ni salam dia. Dia tarik aku duduk dekat sebelah dia. Aku lupa apa yang dia bisik dekat aku. Hikhik :P

Aku ajak dia pergi taman dekat apartment untie aku, on the way nak jalan awak pegang tangan sayakan wak kan? Haha. Start dekat taman tu kitaorng kenalkan diri lagilah, sebab walaupun dah couple, tapi tak pernah jumpa. Then malam-malam kitaorng makan burger, haha. Ada satu part tu lepas kita makan burger awak jadi nakal kan? Haha.
Then, keesokkannya, dia nak datang rumah aku. Aku ajak jelah dia datang rumah aku. Kebetulan time tu ada makan-makan sikit dekat-dekat rumah aku. Ajaklah dia makan. Petang tu, petang last dia dekat KL. Aku rasa lain macam dah, sebab apa? Sebab haritu dia dah last duduk rumah aku. 2 hari je aku jumpa dia, sedangkan 5 bulan kami couple itu kali pertama kitaorng jumpa. Sebelum dia nak balik, aku bagi di makan. Dia tanya
"kenapa muka monyok ni sayang?". Aku jawab "takde apa bie". Lepas tu aku terus masuk tandas, menangis atas jamban sorang-sorang(memanglah masuk tandas sorang-sorang, takkan berdua kot). Sedih sangat-sangat, dah keluar pun nak tahan terleleleh jugak sikit-sikit, tapi sempat cover. Then time nak hantar dia dekat highway, mama tinggalkan aku dengan dekat pintu rumah. Dia cium dahi aku, then peluk aku, dia kata "nanti bie janji bie datang lagi eh sayang? takmau nangis eh?". Aku diam je. Dalam kereta tu, time dia nak pergi aku rasa kalau letak 50 baldi, 50 baldi tu memang penuh dengan air mata aku. Haha.
Then start dari haritu, start 3 bulan sekali atau dua kali dia akan datang jenguk aku. Tidur rumah aku and ada satu time tu aku akan bawak dia balik kampung aku, tapi dekat Meru jelah. Dekat Jalan Iskandar, untuk jumpa dengan Zuhairah(baby comel) and adik mama aku.

Almost 8 bulanlah hubungan kami, tapi on the way relationship kami nak ke setahun tu macam-macam jadi. Time tu, baru aku sedar sebenarnya dia benci dengan perangai aku. Dia tak suka perangai aku yang busuk ni. Aku mengaku, aku bukanlah orang yang baik mana untuk jaga dia. Tapi aku sayang dia sangat-sangat. 10/04/2010 dia mintak break dengan aku. Alasan sebab perangai aku. Yeap, aku terima, tapi aku tak mampu nak lupakan dia. Dan kami bersama semula lepas aku call dia, nangis dekat dia. Aku mintak maaf.
Aku taktahu kenapa susah sangat nak lupakan dia ni. Dan couple break couple break, couple buat taktahu pun ada. Bedasarkan kata hati en, mesti dia dah ada orng lain. Bukan aku yang cakap, tapi hati aku yang berkata. Aku terlalu berprasangka sejak dua menjak ni. Bukan sejak dua menjak lah, memang aku selalu berprasangka buruk. Teruk kann aku ni?
Aku ingat lagi apa yang dia cakap ".Bie cinta awak bukan dari ungkapan saja, but the whole me." Mungkin tu cerita-cerita dulu kan? Tapi apa-apa yang terjadi antara aku dengan dia, mesti aku akan teringat. Bukan mestilah, memang aku akan teringat. Malam-malam tu, bukak laptop, tengok gambar kita, pasang lagu jiwang, menangis kejap, then baru boleh tidur. Sebab apa aku selalu buat macam tu, sebab aku nak dia hadir dalam setiap mimpi aku, walaupun mimpi tu kadang-kadang bagi aku sakit en, tapi aku nak jugak. Dia ni macam nafas aku untuk aku teruskan hidup aku. Kenangan kami bersama tu yang buat aku ada semangat dalam hidup aku. Walaupun detik-detik lama tu tak boleh berulang lagi, aku anggap tu cuma sedikit cubaan untuk aku.
Sebab walauapapun yang terjadi teramatlah mustahil untuk aku hapuskan dia dari buku hidup aku. Walaupun dia dah lupakan aku and tak sayang aku, aku tak perlulah memikir banyak. Aku just redha sebab aku tahu aku kehilangan orang yang tak sayangkan aku, tetapi dia kehilangan orang yang sayangkannya teramat-amat. Itu yang membuat aku kuat sepanjang aku berdiri ni.

Kalau kauorang baca post aku baru-baru ni http://frhhzqh.blogspot.com/2011/04/april-fool.html, aku ada post pasal dia. :)
Aku gembira sangat-sangat, tapi aku tahu aku tak bolehlah terlalu happy sebab aku tahu, kejadian yang dulu pasti berulang. Kauorang nak tahu tak apa yang membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga tiap-tiap hari.
Ada satu text daripada dia, mengatakan 'Okay lah. B beritau satu perkara yang buat b sayang sngt dekat awk sampai sekarang. Awak tak pernah lupakan b, tak pernah serik dengan b dan awak terlalu setia dngn b sampaikan b buat salah macam mana pun, awak still fikirkan b. Itu yang buat awak satu-satunya princess yang ada dalam kepalaotak dan hati b. Puas hati'
Ye, memang aku puas hati. Awak buat saya makin tak boleh lupakan awak tahu? You were my first love and my true love! Aku memang takleh janji kau yang terakhir, tapi selagi aku mampu untuk tunggu dan mencintai kau, aku akan tunggu. Selagia aku mampu menangis untuk kau, aku akan menangis. Dan selagi aku mampu melihat kebahagiaan kau dengan orang lain, aku akan lihat. Sebab aku tahu itu je yang aku mampu lakukan untuk hari ini dan sampai bila-bila.
Tapi aku taktahulah apa yang akan jadi kalau dia pergi lagi selepas ini. Aku teringat satu puisi ni:

Tanpamu jam tak jadi berdetik hujan tak jadi menitik tanpamu burung tak jadi terbang ikan tak jadi berenang tanpamu mulut kehilangan cakap tanya kehilangan jawab tanpamu tidur kehilangan mimpi ruang kehilangan sepi tanpamu kau kehilangan aku aku kehilangan kau
:')

Comel sangat-sangat kan puisi ni? Aku tak pasti dekat mana aku dapat puisi ni, tapi puisi ni melekat dihati aku. Haha.
Akhir sekali, apa yang aku hendak perkatakanlah en, hadirnya dia ni seperti pelangi. Walaupun hadirnya untuk seketika, tiada siapa termasuk aku yang dapat menafikan keindahan pelangi itu. Dan tatkala dia hadir dalam mimpi aku, aku harap aku tak bangun time dia hadir masa tu. Hikhik :P



Terima kasih ye wak :)