Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Ragam manusia.

Sejak beberapa hari ni, aku asyik jumpa customer yang macam sial sikit.

Aku cuma nak ingatkan dekat perempuan-perempuan bertudung yang tinggal di Kuala Lumpur, jangan bongkaklah weh. Aku bukan nak bongkak, tapi tngk orang lain yang tak pakai tudung ah.

*Biar tak bertudung janji mulut takde nak hina orang depan-depan.
*Biar tak bertudung janji budi bahasa tu jaga depan orang.
*Biar tak bertudung janji reti hormat orang.
*Biar tak bertudung janji perangai elok.

Kau boleh tengoklah, buat apa nak bertudung tapi perangai macam bohsia? Aku cakap terus teranglah, kalau kauorang jalan-jalan depan KLCC tuu, boleh nampak perempuan bertudung pun merokok ah. Aku merokok jugak. Takde macam tuu. Tak payah takat nak tutup litup ikut agama tapi perangai mcm setan sesat!

Terus terang aku cakap, aku memang benci org macam tu. Samalah macam satu customer yang aku approach dekat Central Market, Pasar Seni. Macam gini:

Farah : Kak nak tanya sikit. Dominoes Pizza ke Pizza Hut?
Cust. : *sambil jalan laju*Taknak taknak taknak!
Farah : *mengejar dia*Kak, saya nak tanya je kak
Cust. : Eh kau tak faham ke? Aku ckp taknak, taknak ah!
Farah : *senyum*Takpe kak, terimah kasih :)

Ada banyak lagi yang aku alami, tapi aku cerita yang ni dululah. Kau orang Malaysia, aku pun orang Malaysia, BUDI BAHASA BUDAYA KITA, RETI-RETILAH JAGA BAHASA KAU TU. Kau dah bertudung, kau tak malu cakap macam tu? Dengan suara tinggi kau, dengan ramai orang dekat situ. Kau tunding jari dekat aku, satu jari pergi dekat aku, lagi tiga jari agak-agak tertunding dekat siapa? Kau sendiri bro. Fikir-fikir ah.

Motif aku tulis post ni bukan nak kutuk orang yang bertudung, aku cuma nak tegur. Aku tahu aku takdelah baik sangat, tapi daripada kau dah jadi buah mulut orang lain, baik aku tegur dulu.

Sekian.