Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Nekad

Terasa ingin mengubah diri ini. Jadi yang lebih baik, sopan, maju, cerdik. Menjadi yang terbaik di masa akan datang. Aku selalu di pijak dan dipandang rendah oleh segelintir manusia. Kadang-kadang aku sabar, kadanag-kadang orang lain menjadi mangsa aku lepaskan kemarahan aku. Kenapalah orang selalu pandang rendah dekat aku? Teruk bagai ke aku ni? Bodoh!

SPM makin hampir, tingal sebulan 4 hari, aku masih menghabiskan masa buat nota sejarah dan buat latihan math dan add math. Tersangkut-sangkut bagai enjin yang nak mampus dah. Aimran, aku perlukan kau untuk soalan math ni. Boleh kan? Kau ni baik sebenarnya, aku baru perasan, walaupun kau ni kadang-kadang biol sikit, tapi aku suka kau. OOPS! Bukan suka itu lah, aku suka perangai kau. Hee, baru-baru ni, aku difitnah. Aku suruh balak orang pegang tetek aku, walau jahat mana aku ni, aku masih lagi waras, dah banyak saksi weh, aku dah beritahu diaorng pun. Aku masih ada kehormatan diri, dan aku masih hormat bf orng lah weh. Bukan macam kau, mulut mcm langsi. Sumpah doh, depan aku pijak semut tak mati, belakang aku, aku rasa kau jentik gajah pun terbang gajah tu weh. Iblis!

Cinta, hmm. Bila syaitan dah buta kan mata kita, inilah yang jadi. Bila aku sakit, orang lain yang tahu, kau ingat aku apa sayang? Bila tiada duit mencari, bila hendak aku call mencari, bila suruh share topup mencari. Sampai bila? Maaf kalau aku buat kau sakit hati dengan tak reply text kau, buat taktahu tentang kau, aku bengang bukan marah, aku bengang. Dengan orang lain boleh kau ambil berat, aku? AKU NI SIAPA? Balaci kau? Aku jealous sial. Status orang kau comment, aku? Aku online fb kau buat tak kenal, aku ni sampahkan? Dibuang dikutip, dibuang dikutip. Malu nak mengaku yang kau tu balak aku? Malu nak letak status di fb In A Relationship dengan aku? Kau tak fikir ke aku terasa? Kau tak pernah fikir. Harapkan aku fikir kan kau sorang. Disebabkan umur kau yang banyak tu, malu untuk ungkapkan ILY DAN IMY? Kenapa sayang? Perkataan tulah yang paling bermakna bila umur kita dah meningkat. Tak suka cakap, tak sayang cakap. Aku masih lagi manusia, ada hati, ada perasaan. MACAM GAMPANG!*PS, ILY :'(

Kawan, semua ada. Kawan baik, kawan rapat. Aku pun ada. Tapi mulut dia lancang sikit kebelakngan ini. Makan hati jugak. Kalau kau tengah membaca, jaga mulut sikit ye? Berfikir sebelum berkata, tengok orang sekeliling, nak mengata, no hal lah, kata je, tapi tengok orang di sekeliling kau dulu. Hee, lagi satu. Aku hanya gelarkan dia MABZ sudahlah. Dia baik, katanya suka dekat aku. Katanya sanggup bekorban untuk aku. Aku percaya. Aku tahu dia jujur dan ikhlas cinta dan sukakan aku. Aku nak ucapkan terima kasih, tapi aku masih belum mampu untuk menerima kau. Kau tidak ada apa-apa kelemahan, cukup sempurna, tapi bersabar ye. Jika ada jodoh, tidak kemana. Aku dah pun jujur dengan engkau tentang segalanya. Kan? Aku harap kau dapat bersabar dengan cubaan ini kawan.

*Aku sedar semua ini di tetapkan oleh ALLAH S.W.T. Aku ni pun bukan manusia yang sempurna,solat kadang-kadang penuh 5 waktu, kadang-kadang tidak, bila ada masalah baru aku berjumpa dengan-Nya, aku solat. Aku suka, kerana aku akan tenag, jiwa aku akan tenteram. Ampunkan aku Ya Allah