Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Muhd Yusri b. Zulkornain

Bismillahirrahmannirrahim. Pada hari pertama aku mengenali dia, sungguh bahagia hidup. Berbunga-bunga. Bila terjalin hubungan itu pada 19 Mei 2009, tiada apa yang dapat bahagiakan aku selain dia. Tapi sekarang, apa yang aku buat, semua tak kena, segala yang diberi, cinta yang dicurah, rindu yang membaluti, semua tidak cukup untuk dia, untuk dia kekal dengan aku. Annoyinglah aku ni kan? Bersama dia sekarang merupakan luka terbesar untuk diri aku. Walau aku cuba sedaya mana, aku tak dapat hapuskan dia dari hidupku. Kenangan bersama buat aku untuk terus hidup dan aku rindu pada saat itu. Walaupun aku tidak tahu di mana salah dan silap aku, aku tahu aku bersalah. Aku minta maaf. Sedaya mana aku cuba untuk mendapatkan cinta dia kembali, selagi aku kuat, aku akan teruskan. Aku tidak mahu kehilangan anugerah Allah itu, kerana dia adalah satu anugerah yang paling ternilai. Berat untuk aku katakan apa yang tersirat. Hati aku lemah bila fikirkan nasib aku ini. Setiap hembusan nafas dari jasad aku ini bagai terpaksa. Aku tidak tahu kenapa.

"Ya Allah, aku tidak main-main. Aku ingin dia menjadi suami aku". Aku sudah anggap dia pembimbing hidup aku. Aku tidak mampu untuk bayangkan hidup aku tanpa bimbingan hidup dia. Aku ingin teruskan hidupku dengannya. Jika sudah tiada cinta dalam diri dia untuk aku, tidak mengapa. Aku redha, apa yang aku mahu hanyalah untuk dia ukirkan senyuman seikhlas-ikhlasnya, walaupun aku tiada disisi. Aku tidak mahu paksa, meskipun hati aku tak rela untuk melepaskannya. Aku sanggup terluka demi insan ini Ya Allah. Semoga kau dapat apa yang kau mahu.
"Ya Allah Engkau jagalah dia baik-baik Ya Allah. Aku terlalu sayang padanya. Engkau tentukanlah yang terbaik untuknya". Mungkin dia bukan yang pertama, tapi aku janji dia adalah yang terakhir.

"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkalah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padamu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling dari hatimu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu. Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu Ya Allah, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikamatan indahnya bermunajat sepertiga malam terakhirmu. Ya Allah, jika aku jatuh hati kepada kekasihmu, jangan, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu. Ya Allah, jika Engkau halalkan aku merindui kekasihmu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu."
Amin Ya Rabbal Alamin