Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Berseronok

Sesungguhnya, malam tadi adalah malam yang boring, penat dan seronok. Ooopss! Dan malam yang agak babi. Pertama, sesudah tuition aku ke GC, online lah kejap, kononnya nak melepaskan nafsu ke Counter Strike Source tapi terbantut niat aku dan kecik untuk bermain time itu. Aku agak kecewa pada hari itu. Hmm, tidak mengapalah.

Selepas itu, aku ke rumah kak fina, ajak makan-makan lah kononnya. Selepas itu, kita swimming. Haa, malam yang agak babi bermula dari sini. Kami dimarah oleh taktahu siapa gerangan orang itu kerana kami mandi di swimming pool pada waktu malam. Si Fina kata boleh kalau mandi malam, tapi entahlah. Si Pakcik Gatal yang marah ni nasihat punya nasihat, tapi pandang-pandang tetek aku dan kecik. Hoi orang tua, sangap sangat ke haa? Tetek kami jadi mangsa mata kau yang tak seberapa nak indah tuu? Nasihat dahlah takleh pakai. Gelaran 'abang' yang kau gelarkan diri kau kepada kami, buat aku nak terberak weh! Sumpah aku cakap, kau ingat kau siapa? Satu flat PKNS kenal kau lah, suka intai perempuan mandi dan pernah disiram air panas kan? Ishh kau ni. Sebab fikirkan kehormatan kepada orang tua lah aku tak lawan kau malam tadi.

Redakan kemarahan, kita sambung cerita, selepas itu, kami plan ingin ke One Republic, yes, kelab malam yang juga dikenali sebagai 'One R'. Tapi kelab itu mungkin sudah tutup dan kami pun mengambil keputusan ingin shishaa dan round-round satu KL. Haha, ada jugak bapok-bapok ni. Masih hidup kan species ini? Hahaha, orang pegang tetek dia boleh lagi buat muka. Aduhh kau nyah, bergetar pancreas aku dalam kereta weh. Hahaha, kau nak jalan bontot tonggek ibarat bontot negro? Kuburkanlah mimpi kau tu weh, haha. Lawak siod. Kami round-round KL malam tadi bagai orang gila. Hahaha, aku di dalam kereta naik pening melihat Myrol bawak kereta. Hahaha, dengan siren yang di pasang, bermain kejar-kejar di highway dengan alie dan fina. Aduhh, sekali perut aku bergetar, bukan pancreas yang bergetar, tetapi perut. Tandanya? LAPAR!

Akhir sekali, Restoran mamak Al-Fariz Maju menjadi tempat persinggahan terakhir kami. Aku hanya makan maggi goreng telur mata di atas digandingkan dengan limau ais. Nikmat? Tersangatlah! Aku menghabiskan suapan terakhir dengan sepuas-puasnya. Haha. Nak buat macam mana? Pizza 10 keping pun tidak cukup, sebab itu aku lapar lagi. Zura lagi best, roti canai bersama mee goreng, tapi aku tolong sikit dia habiskan mee goreng dia Haha. Sedang berborak, muka yang dikenali muncul pulak. Syafiq(burung) dan majid. Ohh, sneakout ye kauorng? Report bapak sekor-sekor tahu lah. Tapi aku tak berani dan aku takkan buat, sebab aku sayang kawan-kawan aku. Haha

Lupa untuk memberitahu, sedang swimming, handphone aku berdering. Kecik angkat dan kata 'hello', mula-mula dia tidak tahu siapa yang call, then bila dah tahu dia kata 'Farah taknak cakap' Ehh pendek, aku tak berkata apa-apa kan? Then dia terasa, aku terpaksa pujuk dan berbagai, panas juga dia cakap kecik tak comel langsung, pendek dan berbagai. Aku tahu kau sakit hati sayang, tapi jangan cakap macam tu. Dia kawan saya sayang, biarlah dia kay sayang?
ALASAN:HANDPHONE ROSAK. Hmm, taktahu lah nak percaya ke taknak kan? Haihh syaitan. Tidak cukup-cukup lagikah apa yang kau lakukan ini? Prasangka buruk. fitnah dan berbagai. Aku sniper kau dari jauh, baru kau tahu langit tu bumi ke rendah. Cabar aku? Meh lah. Bodoh punya iblis.