Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Bengangkan?

Bila hidup ni, kadang-kadang bagi kita bengangkan? Kita tak tenteram dan berbagai. Kawan, sekolah, tekanan berfikir, cinta dan sebgainya. Macam aku. Aku tengah bengang dengan semua! Haihh, akibat daripada stress, rokok menjadi mangsa.
Aku tak faham, perlu ke aku bengang sebab benda-benda yang boleh dikatakan tak seberapa besar. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalh masing-masing, tapi aku? Takde. Kosong. Blank! Tapi aku tahu cuma ada satucara je. Solat. Heh, nampak muka memang jahat, memang takde agama, tapi tolonglah, aku masih kenal diri aku sebagai seorang muslim.

Aku taktahu macam mana aku nak hadapi smeua dugaan ini, aku taktahu. Jiwa aku tak pernah kenal erti tenteram. Selalu kabut, syaitan pula asyik berkepit dengan aku hari-hari, menghasut aku, membuat aku sering beprasangka buruk. Haihh, aku taktahulah bila kau nak belah setan? Ye, aku memang penat. Unutk menjadi hipokrit sepanjang masa, berlagak macam tidak ada apa-apa yang berlaku dalam hidup aku. Depan kawan-kawan, gembira, tapi di hatai? Haihh, tapi tidak apakan? Hipokrit demi menjaga perasaan aku sendiri. Aku rasa maslah aku ni, biar certain people je yang tahu, tak perlulah smeua tahu. Kecik dan Aimran pemegang utama rahsia aku. Haha, jangan bocorkanlah ye. Oopss, lupa, kakak angkat, Ieqa Syafiqah, mereka bertiga pemegang rahsia aku yang paling utama. Sekali bocor, hahahaha, siap kauorang! Tadi masa aku berdua dengan aimran sementara menanti ina, killa dan haswan beli sushi, aku tunjuk gambar aku dan dia. Aimran kata 'aku takmau tengok, kang bila aku tengok aku jumpa dia aku terus tumbuk dia'. Thanks aimran. Baiklah kau superman! Hahaha, jngn marah killa sayang :)

Cinta, susah untuk diungkap. Kadang-kadang bila kita tengok orang bahagia, cemburu menguasai diri. Kan? Jangan tipulah, aku kenal ragam manusia. Aku pun begitu. Tapi takpe, selagi aku hidup, dan selagi mengingati-Nya, dia akan memberi kita kebahagiaan, mungkin bukan daris egi cinta, tapi dari perspektif yang lain. Kan? Kita kena berfikir ke depan, bukan ke belakang. Pandang apa yang didepan. Kejar apa yang perlu, insyaAllah, hidup kita deberkati selagi apa yang kita buat mempunyai nawaitu yang baik dan kegigihan yang kuat. Aku? Belum lagi, buat masa ni aku hanya pandai berkata-kata, aku pun masih belum mampu menyusun langkah aku sendiri. Aku hanya mahu kawan-kawan kecapi apa yang diaorang mahu. Jangan jadi macam aku.

*Dugaan ni, memang tak pernah lari. So, bersabarlah. Biar syaitan menguasai fikiran, tapi dihati tetap ada pembimbing yang meneman. Allah S.W.T :')