Like A Dream
Hello fellas!

Nurfarahain Haziqah. Dip in Office Management & Technology (UiTM Pahang). Deg in Office System Management (UiTM Puncak Alam).


Entries About


Scream!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Benar-benar terasa

Kenapa dengan title ni? Hmm. Aku benar-benar terasa akan kehilangan seseorang kali ni. Cinta pertama aku. Ye, aku telah redha kemungkinan, tetapi aku betul-betul terasa akan kehilangannya. Tiada lagi yang mengingatkan aku untuk solat, melarang aku untuk makan berlebihan, yang suruh aku berdiet, yang memanggil aku gemuk. Tiada lagi yang akan jenguk aku 3 bulan beberapa kali, yang akan main hidung dengan aku, yang akan peluk dan cium aku seketat-ketatnya, yang akan baring sekatil dengan aku. Dan yang paling terasa, tiada lagi yang akan panggil aku 'baby', 'comel'. Hati aku hanya akan cair bila mulut dia yang menyebut dua perkara tu kepada aku, tapi sekarang, sudah tiada.

Hati aku remuk, bila melihat blog, facebook dia. Kenapa aku selalu pilih jalan yang sakitkan hati aku. Hati aku menjerit, agar dia tidak melayan perempuan itu, text perempuan itu dan call perempuan itu. Tapi apakan daya? Aku tidak mampu untuk melawan kudrat Allah. Aku benar-benar tak mampu. Aku hanya mampu bedoa agar dia dapat pilih yang terbaik untuk hidup dia, yang terbaik untuk membuatkan dia terus tersenyum. Hati aku bagai di landa halilintar sebentar tatkala teringat akan dia. Perlu ke? Aku rasa tidakkan? Namun apa pun yang terjadi, dengan izin Allah, aku akan tetap menunggunya. Segala risiko yang berlaku, aku sudah bersedia untuk menanggungnya. Sesungguhnya apalah hak aku untuk menghalang dia bergayut/ber-text dengan perempuan lain? Aku tak pernah nak salahkan dia, kerana aku yang salah. Terlalu mencintai dia agaknya. Tapi jika mencintainya adalah satu kesalahan, then aku tak harap pun benda tu menjadi betul. Apalah yang aku nak ni sebenarnya? Aku pun taktahu.
'Ya Allah, kau bahagiakanlah dia Ya Allah. Moga dia selalu pilih jalan yang benar, jalan yang memberikannya kesenangan. Jagalah kedua ibubapanya, Zulkornain dan Rosmawati, ketiga-tiga adiknya, A'mirah, Ashraf dan Atiqah. Lindungilah mereka dari segala bencana Ya Allah. Jagalan Muhd Yusri itu baik-baik Ya Allah.'

*Kita ni manusia biasa. Tak mampu nak melawan takdir yang tertulis untuk kita. Apa yang kita boleh buat, hanyalah berdoa agar apa yang diturunkan ada hikamah yang baik. Ingat, Allah sentiasa mahu yang terbaik untuk kesemua hambanya :')

KENANGAN












*Will always miss you sayang :')